Pekan, Pahang
zatidhati@gmail.com

Kenapa Perlu Pilih Produk Zaty’s?

Anda tahu tak untuk menghasilkan sesuatu yang sedap itu banyak kerja, banyak proses, lama di dapur , renyah?
Tapi anda tetap mahu yang sedap dan bestkan?
Ini yang Zatys nak bantu anda!
Anda tak perlu lagi koyak bawang, tak perlu cari serai lengkuas, tak perlu buang tangkai lada, tak perlu pedihkan mata, tak perlu kencahkan dapur sangat.
Nak ke Zatys bantu anda menyediakan hidangan yang enak dan buat anda serta orang-orang tersayang ceria? Nak ke nak?
Aha! Dengan serbuk perap bbq Zatys, anda tidak perlu risau. Segalanya beres bos!
Kenapa anda perlu pilih serbuk bbq Zatys?
Jimat masa. Tak perlu lama di dapur.
Mudah. Tabur dan perap. Tambah sesudu minyak untuk kilat
Perap-perap sedap.
Bahan-bahan yang segar dan terpilih.
Secukup rasa. Tak menyesal punya.
Mudah serap dan sebati kerana tekstur rempah utama yang halus.
Boleh diperap dan simpan dalam ziplock atau bekas tapau dan dinnginkan (untuk sehari dua) atau bekukan (boleh sehingga enam bulan)
Boleh pilih mana-mana cara untuk masak:
i) Bakar guna arang
ii) Bakar guna oven
iii) Bakar guna air fryer (renjis sedikit minyak)
iv) Goreng dalam minyak sedikit
v) Goreng dalam minyak banyak
Dan air perapan tersebut boleh dimasak dijadikan sos untuk dicurah ke atas lauk yang sudah di masak atau dicolek begitu saja. Yummy!
Jadi nak masak apa?
Terserah kepada anda! Ayam, daging, ikan, sotong, kambing, udang, sosej, boleh belaka.
Nah! Sekarang pilih nak perencah yang mana satu?
Serbuk Perap BBQ Manis Madu
Serbuk Perap BBQ Manis Pedas
Serbuk Perap BBQ RoseMarry
Serbuk Perap BBQ Lada Hitam
Serbuk Perap Ayam Goreng Ala Mamak
Serbuk Perencah Serbaguna (sangat sesuai untuk ikan bakar)
Welaweee! Anda perlu rasa semuanya. Tukar-tukar menu, dengan cara mudah banget!
Mudah?
Ya mudah! Tabur! Perap jika mahu! Tak perap pun tak apa. Tapi lagi lama perap lagi sedap.