Pekan, Pahang
zatidhati@gmail.com

Tentang Founder

 

Amaruszati Noor Rahim, seorang penulis yang menghasilkan 10 buah novel, ratusan skrip drama radio, ratusan puisi, puluhan cerpen dan sebuah skrip drama tv. Amaruszati pernah memenangi beberapa hadiah sastera  termasuk hadiah sastera perdana. Menerima Anugerah Pengkarya Pahang 2004 dan Anugerah Tun Teja 2022. Pernah berkhidmat sebagai editor dan wartawan, juga sebagai fasilitator sastera dan budaya di Pusat Latihan Khidmat Negara. 

Di atas kesedaran terhadap halalan toyyiban, Anaruszati  menceburkan diri dalam bidang hiasan kek dan membuka Akademi Bakeri Zati D Hati pada tahun 2011. Bagaimanapun banjir besar 2013 menguji redha seorang  Amaruszati. Kerugian perusahaannya sebanyak RM160K di dalam tragedi itu tidak mematahkan semangatnya. Amaruszati beralih bidang ke arah penghasilan produk industri kecil dan sederhana dan mengeluarkan produk acar dan sambal dengan jenama acarjutawan,

Seiring dengan peredaran masa, Amaruszati terus belajar dan berusaha meningkatkan kualiti produknya. Mendapat pensijilan Mesti dan  Halal JAKIM. Kini  bergerak dengan jenama  ZATYS. Pada tahun 2016, Amaruszati menerima  anugerah IKON USAHAWAN WANITA PAHANG 2016.

Dua produk ZATYS memenangi anugerah peringkat kebangsaan. Acar Ikan masin Kurau memenangi hadiah pertama kategori  inovasi MAHA 2014 dan Acar Hitam Ikan Masin memenangi tempat ketiga hadiah inovasi Hari Peladang , Penternak dan Nelayan 2015.

Amaruszati  juga bergiat dengan kerja amal dan merupakan ketua biro amal Cakna Insan Adventure Team (CIAT). Pada tahun 2015 dan 2016,  dianugerahkan Anugerah Khas Kerja Amal CIAT.